Sunday, June 27, 2010

IB freak

many have asked on what IB is.. here I quote on what IB really is...



PENDAHULUAN

Diasaskan pada tahun 1968, merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO). IBO adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walau bagaimanapun, hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) diuruskan di pejabat yang terletak di Cardiff, United Kingdom.

Pada Jun 2005, Kolej MARA Seremban (KMS) telah mendapat kepercayaan MARA untuk menjalankan program IB ini. Pelajar yang terpilih ke KMS akan melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada di bidang perubatan, perguruan/tindikan MRSM (Sains & Matematik), pergigian dan biotenologi.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Kurikulum IB merangkumi 6 kumpulan subjek :

1) Language A (Bahasa Ibunda) termasuk kajian Sastera Dunia, subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.

2) language B (Bahasa Kedua), subjek yang ditawarkan ialah English B.

3) Individu dalam masyarakat, subjek yang ditawarkan ialah

- Ekonomi

- Perniagaan & Pengurusan

- Teknologi Maklumat dalam masyarakat global

4) Sains Amali, Subjek yag ditawarkan ialah biologi,kimia dan fizik.

5) Matematik dan Sains Komputer, subjek yang ditawarkan ialah Matematik.

6) Kesenian, akan dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum (CAS)

Disamping itu, pelajar juga diwajibkan mengikuti aktiviti CAS (Creativity, Action, Services), mengambil subjek Theory of Knowledge (ToK) dan menyiapkan satu "Extended Essay" (EE).

SYARAT MINIMA MENDAPAT TAJAAN MARA UNTUK PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH

Pelajar perlu mendapat tidak kurang daripada 35 mata daripada keputusan peperiksaan.


MOD PENGAJIAN

Kuliah Harian

Konsultasi bersama guru subjek

Program Mentor-mentee

Aktiviti kelab dan sukan

Perkhidmatan kaunseling dan kaunselor

"Study Group"

Kem motivasi

Pembelajaran dibantu dengan kemudahan seperti perpustakaan, internet 'wireless' di kawasan Kolej, makmal dan lain-lain.

"Intensive Revision Programme"

TEMPOH PENGAJIAN

2 tahun

No comments:

Post a Comment