Wednesday, March 9, 2011

BORG EL-ARAB

waktu kecik-kecik, saya memang sangat suka pergi airport. Tak tahu lah kenapa, but bila ada je chance nak pergi airport (selalunya sebab nak hantar ayah depart outstation la) mest excited semacam. Kerana apa ? Kerana saya boleh feeling2 nak naik flight. Tolak-tolak troli dekat KLIA tu sememangnya meningkatkan ke-feeling-an untuk naik flight. Skrip dalam kepala time tu (sambil tolak troli) lebih kurang mcm ni la, "bye bye Malaysia, Hello London" x pun "in a few hours time, I'll be in Paris main salji. Selamat tinggal Malaysia yang panas" or " kejap lagi dapat tgk pramugari MAS yg cun, excitednye" bile dah sampai boarding gate, sentap sorang-sorang sebab yg naik flight ayah je pun. Yang kau lebih-lebih ape kes ? -..-

ULTRASENTAP: Bi Bi Bi padan muka! sapa suruh berangan

Oh and one more thing yg membuatkan saya excited nak pergi KLIA adalah dulu time kecik-kecik, dekat KLIA ade playground yg bentuk mcm kapal terbang but sekarang tak tahu pulak ade lagi ke x playground ni, so time tu memang high gila bila dapat main dekat playground ni. main sampai x ingat dunia. x pikir dah flight orang tu nak berlepas ke, dah sampai ke, yg penting main sampai puas. HAR HAR HAR....

wooooo... best! best!

Haa, itu waktu kecik-kecik, waktu sedang-sedang sekarang ni (sedang ke godang?!), saya masih tetap sangat suka pergi airport. Kali ni advance sikit, bukan excited nak pergi KLIA je (but airport2 around the world) hahaha.. style x ? baru lah org ckp international. LOL! My horizon is widen this time (pandang ke luar tingkap ala2 berpikiran jauh). I don't go for feeling2 or cari playground yang best this time but instead I observe the technology, architecture, and the hospitality of the airport. Up till now, I'm still proud of Malaysia because we have KLIA yg seriously lawa, high tech and customer friendly kot! Nak kata I've been around the world memang x lah, but so far KLIA airport lah yg paling lawa.

Sebenarnye bukan nak cerita pasal KLIA, nak cerita pasal airport satu lagi. Tu ha.. tu.. tu.. airport yg dekat tgh2 padang pasir tu. Name airport ni BORG EL-ARAB hahaha.. that's why la, terkejut jugak time first2 nampak name airport ni. exotic sangat. kaaaaaaaaan ?

name ni mesti derive from belly dancer ni

I have to wait for 25 HOURS dekat airport ni before depart. ni semua pasal rusuhan tu la, menyusahkan betul. selamat airport ni lawa. walaupun x besar mana, but this airport is just nice for tourist yg terpaksa overnight dekat sini. Airport hotel ni pun ada, but time kitorang nak fly hari tu, dia cakap hotel dia tutup. Boleh pulak main tutup bukak tu.

time tengah excited sebab airport lawaaaa *shink* *shink*

after 8 jam, gila apa nak excited lagi ! khatam semua episodes korea -..-

Bila dekat airport, sudah semestinya makanan and minuman punya harga "tersangat murah", selamat some of us dah prepared untuk tidak boros sempena jualan murah di airport. TerimaKasih kepada :

mini croissant : sedap dimakan ketika kebuluq

chicken rendang: siap berendang bagai time darurat.
inilah darurat zaman sekarang. Gune jari pun boleh , x payah pakai sudu.

Maggi Asli Pedas: adakah mereka cuba menyatakan bahawa "Orang Asli Hot!"

tingtongtengtung (bunyi speaker airport):
panggilan terakhir untuk penumpang Gulf Air ke Kuala Lumpur, sila check in sekarang.
ok bye! Nak check in and fly to KL. Bye Alex!

1 comment:

  1. huhu..layan personal taste ngan kcb la tuh..jiwang gak hampa ni na...secara tidak langsaung che'telah menyelamatkan anda dari keboringan di epot tuh :D

    ReplyDelete